A. SAMAD SAID, seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya.
LATAR BELAKANG
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka,
KELUARGA
Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar cerita rakyat seperti cerita “Batu Belah batu Bertangkup”.
PENDIDIKAN
A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly.
Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.
KERJAYA
Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan. Bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah. Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.
PENULISAN
A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu, dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.
Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina .Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP .Ketika itu Samad berusia 23 tahun. Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk bergelut dengan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan kerosakkan.Tema sebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu.Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.
Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan masyarakat Singapura yang menderita akibat perang. Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura ketika diperintah tentera Jepun (1942-1946).
Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan sajak-sajak bebas. Antologi lain ialah Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).
Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang dalam Dari Salina ke Langit Petang.Buku bercorak autobiografi ini merupakan rakaman pengalaman Samad , pahit maung dan peristiwa berkaitan yang diterapkan dalam novel-novelnya.
ANUGERAH
. Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
. 1979,panel Anugerah Sastera
. 1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
. Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
. 1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.
KARYA
. Salina, : DBP 1961, 495 hlm.
. Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
. Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137 hlm.
. Di Hadapan Pulau, : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
. Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
. Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
. Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
. Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
. Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.
NOVEL REMAJA KANAK-KANAK
. Bendera Merah di Atas Bukit, : Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.
. Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
. Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
. Mengejar Tetamu di Waktu Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.
. Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.
. Keledang, ; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.
. Antara Kabus ke Kabus, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 72 hlm.
. Di Simpang Jalan, : DBP , 1980, 95 hlm.
. Jalan Retak, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.
CERPEN
CERPEN
. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
. Debar Pertama, : Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.
. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
. Panorama (Peny.), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.
. Bunga Gunung (Peny.) : Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.
. Angin Pulau (antologi bersama), : Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.
. Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
. Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), : DBP , 1993,495 hlm.
PUISI
Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), : DBP , 1961, 26 hlm.
Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), . (antologi bersama), : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.
Benih Harapan, : Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.
Daun Semalu Pucuk Paku, : Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;
Kuala Lumpur, (antologi bersama), : GAPENA, 1975, 57 hlm.
Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), : DBP , 1980, 314 hlm.
Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), : DBP , 1981, 294 hlm.
Benih Semalu, : DBP , 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).
Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: DBP , 1984, 75 hlm.
100 Sajak Malaysia (antologi bersama), : Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
Puisirama Merdeka (antologi bersama), : PENA, 1986, 141 hlm.
Malaysia dalam Puisi, : DBP , 1988, 316 hlm.
An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), : DBP , 1988, 413 hlm.
Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985)(antologi bersama): DBP , 1988
Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), : DBP , 1990, 941 hlm.
Balada Hilang Peta, : DBP , 1993, 69 hlm.
Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), : Maybank, 1993, 228 hlm.
DRAMA
Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
Wira Bukit, : DBP , 1986, 92 hlm.
Lantai T. Pinkie, : DBP , 1996, 137 hlm.
Lazri Meon Daerah Zeni, : DBP , 1992, 138 hlm.
ESEI
Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang):Penerbitan Federal Berhad, 1963
Damai (kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
Laungan (Kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
Tangan yang Simpatik, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
Between Art and Reality (Selected Essays), : DBP , 1994, 479 hlm.
AUTOBIOGRAFI
Dari Salina ke Langit Petang, : DBP , 1979, 83 hlm.
UMUM
Warkah kepada Salmi Manja, : Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
Antara Bulan dan Wira, : DBP , 1989, 632 hlm.
Warkah Eropah, : DBP , 1991, 235 hlm.
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN
29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
1979 - panel Anugerah Sastera
1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
1985 - Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
1993 - Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.
1997 - gelaran `Datuk’ oleh [Yang di-Pertua Negeri Melaka]
Puisi Benih Harapan - A. Samad Said
datang dari daerah-daerah berbeda,
bangun kita sama fajarnya,
dalam ghairah meredah rimba,
serantak gementar mencari isi..
bangun kita sama fajarnya,
dalam ghairah meredah rimba,
serantak gementar mencari isi..
kita mendamaikan sejujur hati,
berlari pun biarlah berimbang rezeki..
kerana apakah ertinya kecukupan,
celik tapi dalam kekacauan.
makanya apa pencapaian jika segelintir yabg sempat bahagia
selebihnya tetap lara,
kemerdekaan bakal ditanya..
berlari tidak sama selari
jika derasnya terus berjarak
dan berdiri di bukit
tidak sama tinggi jika tapak tidak sejejak..
memang perlu sentiasa digugah
agar sedih dan ria berimbang ia..
dan suara tulus wajar meresapi kalbu
mewarasi impian bangsa,
mewarna buminya agar bermakna
sehingga sungai dan belantara,
samudera,juga angkasa raya
sedia berkongsi kesaktian rahsia.
dan tidur luar biasa
berseri masih boleh bermimpi bahagia
bagi bangsa yang waspada
kecuali memang selalu ada pengganggunya..
nyata dilengkung langit
di atas bumi kita sempat
sama berdamai,juga bahagia..
walau barisan wajah tetap berbeda..
jika disua tapak awal
cekal memperjuangkan kemuncak maruah,
dalam telingkah warasi imbangan,
akan saksama rumpun khazanah.
Makanya dipinta tumbuh bunga jati
segar dipupuk embun suci
dan wesama bermandi sinar
sesama wangi ditengah tasik yang asli,
menjalar kisah bangsa
yang jaya sampai ke puncak paling peribadi.
kini bulan baru dan azam baru
watikah kudus di tangan kuasa
setiap berkibar langsir
pasti ternampak takhta yang waja.
kita ingin warisi hati serasi
demi kebahagiaan seluruh bumi"
A. Samad Said - Puisi Benih Harapan
berlari pun biarlah berimbang rezeki..
kerana apakah ertinya kecukupan,
celik tapi dalam kekacauan.
makanya apa pencapaian jika segelintir yabg sempat bahagia
selebihnya tetap lara,
kemerdekaan bakal ditanya..
berlari tidak sama selari
jika derasnya terus berjarak
dan berdiri di bukit
tidak sama tinggi jika tapak tidak sejejak..
memang perlu sentiasa digugah
agar sedih dan ria berimbang ia..
dan suara tulus wajar meresapi kalbu
mewarasi impian bangsa,
mewarna buminya agar bermakna
sehingga sungai dan belantara,
samudera,juga angkasa raya
sedia berkongsi kesaktian rahsia.
dan tidur luar biasa
berseri masih boleh bermimpi bahagia
bagi bangsa yang waspada
kecuali memang selalu ada pengganggunya..
nyata dilengkung langit
di atas bumi kita sempat
sama berdamai,juga bahagia..
walau barisan wajah tetap berbeda..
jika disua tapak awal
cekal memperjuangkan kemuncak maruah,
dalam telingkah warasi imbangan,
akan saksama rumpun khazanah.
Makanya dipinta tumbuh bunga jati
segar dipupuk embun suci
dan wesama bermandi sinar
sesama wangi ditengah tasik yang asli,
menjalar kisah bangsa
yang jaya sampai ke puncak paling peribadi.
kini bulan baru dan azam baru
watikah kudus di tangan kuasa
setiap berkibar langsir
pasti ternampak takhta yang waja.
kita ingin warisi hati serasi
demi kebahagiaan seluruh bumi"
A. Samad Said - Puisi Benih Harapan




